Bahasa Malaysia | English

GMBIS 3491   GMBIS 3182
Kongress Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersama-sama Great Eastern Life Assurances (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat insurans hayat yang terbesar dan tertua di Malaysia ingin menawarkan satu skim ansurans berkumpulan yang bayaran premiumnya dikembalikan berdasarkan pulangan dari Dana Restu. Dana ini diuruskan mengikut undang-undang syariah dan dilaburkan di dalam instrumen pelaburan terpilih mengikut senarai-senarai yang diluruskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya sekuriti. Skim ini terbuka kepada semua ahli-ahli Kesatuan Gabungan CUEPACS, anggota sektor awam dalam Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Pihak Berkuasa Tempatan dan pasangan serta anak-anak mereka. Disamping tabungan, skim ini juga memberikan perlindungan atas Kematian, Hilang Upaya Total & Kekal, Kemasukan Hospital dan juga merangkumi perlindungan terhadap 36 jenis Penyakit Kritikal.
Dengan menyimpan RM44.00 sebulan, manfaatnya seperti berikut:
Manfaat
Jumlah Insuran
Penyakit Kritikal
RM40,000
Kematian Biasa
RM40,000
Kematian Kemalangan
RM80,000
Hilang Upaya Total & Kekal (akibat penyakit)
RM40,000
Hilang Upaya Total & Kekal (akibat kemalangan)
RM80,000
Kemasukan Hospital
RM40 / semalam
Khairat Kematian
RM2,000

CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN SKIM INI
Premium yang sama untuk semua peringkat umur dan dibayar melalui potongan gaji.
Premium skim ini jauh lebih rendah berbanding dengan polisi individu.
Pengeluaran wang tunai kecemasan dibenarkan selepas 12 bulan penyertaan.
Perlindungan sehingga umur 65 dan 24 jam di merata dunia.
Premium ditabungkan dapat dikecualikan cukai pendapatan.
Skim ini diurus dengan pengawasan daripada panel penasihat syariah korporat. Khusus untuk masyarakat muslim.
Polisi ini akan membayar amaun tuntutan insurans ini walaupun peserta mempunyai polisi-polisi insurans yang lain.
36 Penyakit Kritikal
1. Serangan Penyakit Jantung 19. Penyakit Terminal
2. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari 20. Penyakit Neuron
3. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari 21. Penyakit Hati Kronik
4. Kanser 22. Jangkitan HIV Daripada Pemindahan Darah
5. Kegagalan Buah Pinggang 23. Ensefalitis
6. Hepatitis Fulminan 24. Anemia Aplastik
7. Pemindahan Organ Utama 25. Penyakit Parkinson
8. Kelumpuhan (Paraplegia, Tetraplegia)
26. Kecederaan Kepala Akibat Kemalangan Yang Menyebabkan Trauma Kepala Yang Utama
9. Sklerosis Berganda 27. Poliomielitis
10. Hipertensi Pulmonari 28. Tumor Otak Benigna
11. Buta 29. Penyakit Paru-Paru Kronik
12. Pembedahan Injap Jantung 30. Koma
13. Kelecuran Api Yang Teruk 31. Pembedahan Otak
14. Pembedahan Aorta 32. Meningitis Bakteria
15. Hilang Suara 33. Penyakit Arteri Koronari Penting yang lain
16. Penyakit Alzheimer 34. Sindrom Apalik
17. Distrofi Otot 35. Jangkitan HIV Yang Diperolehi Melalui Pekerjaan
18. Pekak 36. AIDS Peringkat Lewat
Definasi terperinci penyakit kritikal (seperti yang termaktub di dalam polisi utama) perlu dipenuhi sebelum sebarang tuntutan manfaat 36 Penyakit Kritikal dibayar.
 
JADUAL PAMPASAN (AKIBAT KEMALANGAN)
BAHAGIAN A
Kematian 100%
100%
BAHAGIAN B (Hilang Upaya Total dan Kekal)  
Kehilangan kedua-dua belah tangan
100%
Kehilangan kedua-dua belah kaki
100%
Kehilangan penglihatan pada kedua-dua belah mata yang menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan lagi
100%
Kehilangan kegunaan sebelah tangan dan sebelah kaki
100%
Kecelakaan yang menyebabkan terlantar di katil berkekalan
100%
Kecelakaan yang menyebabkan hilang upaya kekal
100%
Lumpuh secara menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan lagi
100%
BAHAGIAN C (Hilang Upaya Sebahagian dan Kekal)  
Kehilangan tangan pada paras bahu
100%
Kehilangan tangan pada paras siku
100%
Kehilangan tangan pada paras pergelangan tangan
100%
Kehilangan kaki pada paras pinggul
100%
Kehilangan kaki pada paras lutut
100%
Kehilangan keseluruhan mata
100%
Kehilanga penglihatan pada sebelah mata yang menyeluruh dan tidak boleh dipulihkan lagi kecuali daya tanggapan terhadap cahaya
50%
Kehilangan 4 jari dan ibu jari pada sebelah tangan
50%
Kehilangan 4 jari
40%
Kehilangan ibu jari kedua-dua ruas
25%
Kehilangan jari telunjuk - satu ruas
4%
Kehilangan jari hantu - ketiga-tiga ruas
6%
Kehilangan suara secara total
50%
Bagi kecederaan yang tidak disenaraikan di atas, pampasan di antara 50% dan 1% akan dibayar mengikut kadar kehilangan yang dialami sebagaimana termaktub dalam polisi induk. (Pembayaran faedah maksimum tidak akan melebihi 100% dari jumlah insurans).
Peratusan pulangan Dana Restu pada tahun lepas ialah seperti berikut:
Tahun
Peratus Pulangan
2001
14.93%
2002
22.21%
2003
34.22%
2004
9.11%

 PENGELUARAN WANG TUNAI KECEMASAN
Satu ciri istimewa skim ini ialah anda boleh mengembalikan unit Dana Restu anda setelah menyumbangkan sekurang-kurangnya 12 bulan. Jumlah minima yang dibenarkan ialah unit RM200 dan tiada had maksima. Anda boleh mengeluarkan kesemua unit yang ada. Yuran pemerosesan sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap pengeluaran. Perlindungan insurans akan berterusan selagi anda membuat sumbangan premium setiap bulan.
Penambahan caruman dan perlindungan insurans dibenarkan seperti jadual berikut tetapi kelulusan bergantung kepada syarikat.
Caruman RM
44
88
132
176
220
264
Insuran RM
40,000
80,000
120,000
160,000
200,000
240,000
Hospital / malam
40
80
120
160
200
240
 
DANA RESTU
Great Eastern telah menubuhkan Dana Restu secara khusus untuk memenuhi keperluan pelaburan masyarakat Muslim. Ia adalah dana pelaburan yang diuruskan dan membolehkan wang ahli anda dikumpulkan bersama-sama dengan pelabur-pelabur lain dan ahli anda akan mendapat manfaat daripada pelaburan di dalam porfolio yang dipelbagaikan. Sebagai tambahan, Dana Restu membuat pelaburan hanya di dalam sekuriti dan pelaburan anda mengikut undang-undang Syariah. Untuk memastikan pelaburan anda mengikut undang-undang Syariah, kami telah melantik Penasihat Korporat yang bertauliah di dalam urusan Syariah dengan Dana Restu. Premium pelaburan anda akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Dana Restu. Dana ini diuruskan oleh pengurus-pengurus Great Eastern. Matlamat pengurus dana adalah untuk mencapai pulangan yang terbaik dan konsisten dengan polisi pelaburan jangka serdehana dan jangka panjang Dana Restu ini. Sila ambil perhatian bahawa ia bukanlah sejenis plan Takaful dan oleh kerana anda akan mendapat manfaat penuh apabila prestasi pelaburan menguntungkan, anda juga menanggung risiko pelaburan skim ini.
 KELAYAKAN DAN PENYERTAAN
Ahli dan pasangan ahli yang berumur kurang daripada 55 tahun adalah layak untuk menyertai.
Ahli mestilah menyertai skim ini membolehkan pasangan ahli menyertainya.
Anak-anak ahli dibenarkan menyertai skim ini tetapi hendaklah mematuhi sagala syarat-syarat dan terma untuk penyertaan anak.
Skim ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya bilangan minima peserta pada sesuatu masa mencukupi sekurang-kurangnya 500 orang.
Pihak Syarikat berhak untuk membatalkan skim ini dan nilai penyerahan itu akan dikembalikan sekiranya bilangan ahli yang menyertainya kurang daripada 500 orang.
 TUNTUTAN ANAK-ANAK
Jumlah asuran yang akan dibayar untuk sebarang tuntutan adalah berikut:
Jika pada tarikh penyertaan anak itu menjangkau usia 1 tahun, jumlah pampasan untuk Penyakit Kritikal/ Kematian yang akan dibayar adalah 20%, 40%, 60%, 80% dan 100% daripada jumlah asurans dalam tahun pertama sehingga tahun kelima ansurans.
Jika pada tarikh penyertaan anak itu menjangkau usia 2 tahun, jumlah pampasan untuk Penyakit Kritikal/ Kematian yang akan dibayar adalah 40%, 50%, 80% dan 100% daripada jumlah asurans dalam tahun pertama sehingga tahun keempat ansurans.
Jika pada tarikh penyertaan anak itu menjangkau usia 3 hingga 5 tahun, jumlah pampasan untuk Penyakit Kritikal/ Kematian dalam 2 tahun pertama perlindungan hanya 50% daripada jumlah asurans Penyakit Kritikal/ Kematian akan dibayar untuk penyakit yang sedia ada yang telah dinyatakan.
Manfaat hilang upaya total & kekal hanya melindungi anak-anak yang berumur 6 tahun dan ke atas.
 PENGECUALIAN SKIM INI
1.Kematian/Hilang Upaya Total & Kekal/ Hilang Upaya Sebahagian & Kekal
Berpunca daripada sebarang percubaan dengan niat mencederakan diri-sendiri sama ada siuman atau tak siuman.
Kecederaan tubuh badan yang dialami semasa dalam penerbangan mana-mana pesawat kecuali sebagai penumpang dalam pesawat yang mengikut jadual penerbangan tarikh berkuatkuasa.
Akibat daripada peperangan sama ada diisytiharkan ataupun tidak.
Akibat daripada serangan kemarahan yang dibangkitkan, ketagihan dadah, sebarang bentuk perlumbaan (selain daripada menggunakan kaki), scuba-diving(selam skuba) dan memburu.
2.Penyakit Kritikal
Sebarang penyakit kritikal yang dihidapi sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa.
Sebarang penyakit kritikal yang berkaitan dengan komplikasi fungsi badan yang wujud sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa.
Didiagnosiskan dalam tempoh 60 hari pertama hari tarikh potongan gaji.
BUTIR-BUTIR LANJUT MENGENAI MANFAAT SKIM INI

Promosi Khas

Sekiranya berlaku Kematian / Hilang Upaya Total & Kekal dalam masa 2 tahun pertama, perlindungan akibat penyakit yang sedia ada di mana telah dinyatakan dalam borang cadangan, hanya 50% daripada jumlah manfaat akan dibayar. Jumlah penuh akan dibayar sekiranya Kematian/ Hilang Upaya Total & Kekal berlaku selepas 2 tahun perlindungan. Walau bagaimanapun tuntutan untuk Kematian/ Hilang Upaya Total & Kekal langsung tidak akan dibayar sekiranya disebabkan oleh penyakit yang sedia ada tetapi tidak dinyatakan di dalam borang cadangan.

Penyakit Kritikal

Manfaat ini akan dibayar sebaik sahaja disahkan oleh pakar perubatan yang ahli tersebut telah mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.
Manfaat ini tidak akan dibayar untuk sebarang penyakit kritikal yang dihidap sebelum tarikh berkuatkuasa dan untuk Penyakit kritikal yang didiagnosiskan buat pertama kali dalam tempoh 60 hari dari tarikh potongan gaji.
Penyertaan ahli yang telah membuat tuntutan untuk manfaat ini akan tamat selepas manfaat ini dibayar.

Kemasukan Hospital

Sekiranya ahli dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta untuk sebarang penyakit / kecederaan akibat kemalangan selepas 6 minggu dari tarikh potongan gaji, ahli tersebut layak untuk mendapat elaun kemasukan hospital sehingga had yang ditetapkan (contohnya RM40/mlm, tuntutan maksima 500 mlm @ RM20,000). Walau bagaimanapun, jika anda dimasukkan ke hospital disebabkan oleh penyakit yang sedia ada sebellum tarikh berkuatkuasa, manfaat ini tidak akan dibayar.

Manfaat persaraan

Sekiranya ahli masih sihat dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan di bawah skim ini, ahli akan menerima pulangan berdasarkan nilai pasaran saham semasa apabila ahli mencapai umur 65 tahun. Sekiranya ahli memutuskan untuk memberhentikan caruman sebelum ahli mencapai umur 65 tahun, Nilai Pulangan berdasarkan kepada unit pelaburan pada harga pasaran semasa dikembalikan kepada anda selepas 12 bulan dari tarikh penyertaan.


Khairat Kematian

Manfaat sebanyak RM2,000 akan dibayar bersama dengan manfaat kematian.

MUAT TURUN BORANG
1. Skim Insurans Berkelompok Pelbagai Manfaat - Borang Cadangan Baca PDF
2. Skim Insurans Berkelompok Pelbagai Manfaat - Borang Cadangan Promosi Khas Baca PDF
3. BIRO PERKHIDMATAN ANGKASA (BPA) SURAT PENGAKUAN Baca PDF
4. Borang Tuntutan untuk Faedah Hospital Baca PDF
5. Borang Kematian Baca PDF
6. Laporan Perubatan Baca PDF
7. Borang Tuntutan Insurans Nyawa Baca PDF
8. Borang Tuntutan TPD Baca PDF
9. Borang Penyakit Kritikal -Sakit Jantung Baca PDF
    -Stroke Baca PDF
    -Coronory Artery By-pass Surgery Baca PDF
    -Cancer Baca PDF
    -Kidney Failure Baca PDF
    -Heart Valve Surgery Baca PDF